Oleh Assyifa Queen Zahabya
Perlis (Riaunews.com) – Di Kedai Sedap Mee Tarik, semangkuk mee tarik panas dihidangkan di meja. Uap tipis naik dari kuah bening, baunya harum dengan rasa kaldu dan rempah yang membuat orang teringin untuk mencoba.
Mee ini bukan mee biasa. Namanya Mee Tarik Chinese Muslim. Cara buatnya unik kerana adunan ditarik dengan tangan sehingga jadi helai panjang dan kenyal. Bila dimakan, kuah gurih dan aroma chili oil terasa dulu, kemudian tekstur mee yang lembut dan elastik menambah pengalaman makan yang memberi rasa yang berbeda.
Selain mee tarik, kedai ini juga menyediakan dumpling denga isi daging atau ayam lembut di dalam dan sedikit kenyal di luar, dimakan bersama chili oil khas dan beraroma. Ada juga mee goreng dengan kuah warna merah menyelerakan, ditambah sayur dan bahan tumisan yang membuat rasanya lebih pekat dan berani. Gabungan tiga hidangan ini menjadikan Sedap Mee Tarik bukan sekadar tempat untuk menikmati satu jenis makanan, tetapi sebuah destinasi kuliner yang lengkap.

Satu suapan terasa ringan, lalu suapan kedua membuat rasa semakin candu. Kuahnya tidak terlalu berat, tapi cukup memberi rasa hangat. Ada gabungan aroma rempah, dan kenyalnya mee yang membuat orang susah berhenti makan.
Anas, salah seorang pelanggan yang juga seorang pelajar, berbagi pengalamannya setelah mencoba hidangan di Sedap Mee Tarik, Perlis. Menurutnya, “Rasa yang unik membawa kita melihat lebih mendalam tentang rasa masakan di China dengan citarasa rempah dan herba yang unik.” Ulasan Anas menunjukkan bahawa Mee Tarik bukan sekadar makanan, tetapi juga pengalaman rasa yang ada cerita budaya di sebaliknya.
Mee Tarik ini asalnya dari Lanzhou, China, dibawa oleh komuniti Muslim Tionghoa. Sekarang ia jadi sebahagian daripada kuliner di Malaysia, termasuk di Perlis. Selain kuah bening, ada juga pilihan kuah pedas atau tumisan daging untuk mereka yang suka rasa lebih kuat. Harga semangkuk Mee Tarik di Sedap Mee Tarik sekitar RM13 hingga RM15 atau 56.700 hingga 63.400 Rupiah , sesuai untuk pelajar atau wisatawan Indonesia mau makan sedap dengan harga terjangkau.







Komentar